Perbezaan Penuh Krim

28 July 2021Kongsikan artikel ini

Perbezaan Penuh Krim

Di pasar raya, anda pasti melihat pelbagai produk tenusu yang disusun di rak. Terdapat susu penuh krim seperti NESPRAY Penuh Krim, skim, rendah lemak, atau susu biasa. Apakah perbezaannya? Dan bagaimana krim penuh memberi manfaat kepada anak dan keluarga anda.

Perbezaan utama antara susu ini adalah jumlah kalori dan kandungan lemak. Susu penuh krim cenderung mempunyai kandungan lemak tinggi, sekitar 3.25% dengan jumlah kalori tinggi sebanyak 150 kcal. Susu rendah lemak mempunyai kurang lemak (1%) dan rendah kalori (102 kcal). Sementara itu, susu skim hanya mempunyai kandungan lemak kurang dari 0.5%, dan jumlah kalori hanya 83 kcal.

Tidak kira berapa kandungan lemak dan kalori bagi beberapa jenis susu ini, ianya boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Malahan, Garis Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan 2 hidangan susu dan produk susu setiap hari. Dan untuk kanak-kanak yang lebih muda, penting untuk memberikan tenaga yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mereka untuk pembelajaran dan perkembangan harian.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk memberi susu kepada anak-anak dan keluarga anda selagi anda mengawasi pengambilan kalori dan lemak keseluruhan sepanjang hari dan mengambil susu mengikut sukatan yang disyorkan.

Kebaikan segelas Susu NESPRAY Penuh Krim

Susu NESPRAY Penuh Krim mengandungi semua kebaikan susu yang diperlukan dalam hanya secawan dengan vitamin dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrien harian anak anda:

1. Tinggi Protein

Protein sangat diperlukan untuk pelbagai fungsi penting bagi kanak-kanak, termasuk pertumbuhan fizikal, perkembangan otak, dan fungsi imun yang baik. Protein adalah sumber asid amino yang bertindak sebagai blok pembinaan tubuh bagi hampir semua sel di dalam badan kita. Membekalkan protein yang mencukupi akan membantu anak-anak membesar dan berkembang dengan sihat, yang membolehkan mereka kekal aktif dan mempunyai sistem imun yang baik.

2. Tinggi Kalsium, Zat Besi, Vitamin C dan Vitamin D

Susu NESPRAY Penuh Krim tinggi Kalsium, Zat Besi, Vitamin C dan Vitamin D. Kalsium dan Vitamin D menggalakkan pertumbuhan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat manakala Zat Besi dan Vitamin C membantu menyokong sistem imun yang kuat.

3. Sumber Nutrisi untuk Kanak-kanak yang Bersekolah

Susu NESPRAY Penuh Krim mengandungi sejumlah 15 vitamin dan mineral, yang memberi anak anda mikronutrien yang diperlukan untuk aktiviti harian mereka. Ini termasuk asid folik dan Vitamin B untuk membantu tubuh anak anda membentuk sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh badan, dan mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan otak yang baik bagi menyokong pembelajaran harian mereka.

4. Sifar Sukrosa

Susu NESPRAY Penuh Krim TIDAK mengandungi gula tambahan (SIFAR sukrosa).

Susu adalah minuman berkhasiat yang sesuai untuk seisi keluarga. Perkara penting yang perlu diingat semasa membeli susu adalah dengan mempertimbangkan kandungan nutrisi dan pastikan anda memilih yang mengandungi gula yang kurang, protein yang mencukupi dan mikronutrien tambahan, seperti Susu NESPRAY Penuh Krim.