Protein: Khasiat Tepat untuk Membesar dengan Kuat

28 Julai 2021Kongsikan artikel ini

Protein: Khasiat Tepat untuk Membesar dengan Kuat

Kita mahu anak-anak kita mempunyai permulaan yang baik dalam hidup. Oleh yang demikian, melalui pemilihan pendidikan, keselamatan dan kesihatan yang tepat, kita ingin memastikan mereka mendapat nutrisi yang terbaik untuk membesar dengan sihat dan kuat. Untuk itu, asas kukuh yang diperlukan adalah PROTEIN yang mencukupi dan berkualiti tinggi.

Protein berfungsi sebagai blok pembinaan tubuh dan memainkan peranan penting dalam kesihatan fizikal dan kognitif.

5 kebaikan protein yang luar biasa 1,2:

• Membina dan memulih otot
• Membantu pertumbuhan sel-sel
• Menyokong metabolisme yang sihat
• Menyokong perkembangan sistem imun
• Menghasilkan hemoglobin, yang membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh

Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun memerlukan 19 gram protein/hari dan 34 gram/hari apabila mereka mencapai umur 9-12 tahun3

Kini setelah kita membuktikan kepentingan protein, bagaimana kita memastikan anak-anak kita mendapat protein berkualiti tinggi dalam diet harian mereka. Dan apa sebenarnya 'protein berkualiti tinggi'?

Protein terdiri daripada asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino, yang mana 9 daripadanya dianggap penting. Apabila sumber makanan mengandungi semua asid amino penting, ia dipanggil 'protein berkualiti tinggi'.

Protein berkualiti tinggi terdapat dalam daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Sumber tanaman juga mengandungi sejumlah besar protein, terutama ketika anda mencampurkan kekacang (contohnya, kacang, lentil &, kacang kuda), dengan biji-bijian (contohnya nasi, pasta, roti). Atau contoh lain, makanan kaya protein berkhasiat semudah mentega kacang di roti bakar.

Terdapat beberapa cara untuk kita menggabungkan kumpulan makanan bagi memastikan anak-anak kita menikmati protein berkualiti tinggi di dalam makanan yang mereka sukai. Anda juga boleh memberikan 2 hidangan susu sehari untuk meningkatkan pengambilan protein mereka!

• Sandwic keju panggang
• Telur hancur dengan keju
• Hummus dengan jejari sayur atau keropok
• Burger sayuran
• Sandwic mentega kacang dan jem
• Sandwic tuna
• Yoghurt parfait dengan buah
• Bijirin penuh dengan buah-buahan dan susu

Memberi anak-anak kita makanan yang seimbang dan sihat akan memastikan mereka mendapat protein berkualiti tinggi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Mujurlah, kebanyakan sumber protein adalah makanan yang disukai kanak-kanak, terutamanya susu yang mudah untuk disediakan. Ibu-ibu, jom kita masukkan idea-idea ini dalam menu harian kita dan pastikan anak-anak kita membesar dengan baik.

1. Emily Arentson-Lantz, Stephanie Clairmont, Douglas Paddon-Jones, Angelo Tremblay, and Rajavel Elango. Protein: A nutrient in focus. Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism. 40(8): 755-761.
2. Janet Bryan, Ph D, Saskia Osendarp, Ph D, Donna Hughes, MPsych, Eva Calvaresi, MPsych, Katrine Baghurst, Ph D, Jan-Willem van Klinken, Ph D, Nutrients for Cognitive Development in School-aged Children, Nutrition Reviews, Volume 62, Issue 8, August 2004, Pages 295–306
3. WHO/FAO/UNU (2007)