Resipi | Tauhu Begedil NESTUM | DearNestlé Tauhu Begedil NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Tauhu Begedil NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Buat Tauhu Begedil sendiri di rumah dan berikannya sentuhan yang lebih khasiat dengan salutan NESTUM®. Lebih rangup, lebih lazat!


Masa penyediaan

40 min

Masa pemasakan

20 min

Hidangan

8 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

198.7kcal
Protein
9.5g
Karb
14.6g
Lemak
11.3g
Recipes

Bahan-bahan

Inti A

  • 250g Kentang, dikupas
  • 8 Tauhu kering
  • 100g Ayam cincang

Inti B

  • 3 Cili padi (buang biji, dadu halus)
  • 20g NESTUM
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Lada putih
  • 1 tangkai Daun ketumbar, dipotong halus
  • 2 sudu besar Bawang goreng

Salutan

  • 50g NESTUM
  • 240g Tepung
  • 1 Telur, dipukul

Hiasan

  • NESTUM
  • Bawang goreng
  • Cili
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Potong kentang dan didih selama 15-20 minit. Buangkan air dan ketepikan.
  2. Lenyek kentang ketika panas. Masukkan inti B dan kacau hingga sebati.
  3. Tumis ayam cincang hingga masak dan gaul rata dalam kentang lenyek.
  4. Potong bahagian atas tauhu dan masukkan inti. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  5. Salut tauhu dengan telur yang dipukul, diikuti dengan tepung. Salutkan telur sekali lagi dan NESTUM sebagai salutan terakhir.
  6. Goreng tauhu begedil sehingga keemasan dan hiaskan sebelum hidang.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI