Beberapa keping Hirisan limau dan parutan kulit limau
30 scoop Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream
Langkah Penyediaan:
Ayak tepung gandum dan serbuk penaik, ketepikan.
Campur telur dengan gula dan ovalette, pukul sehingga ringan dan gebu.
Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudiannya, masukkan Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream dan gaul sehingga sebati.
Sudukan atau paip adunan ke dalam acuan puteri ayu sehingga penuh. Kemudiannya, kukus pada api tinggi selama 15 minit. Alihkan kuih dari api dan biar sejuk sepenuhnya.
Untuk menghidang, taburkan satu scoop Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream pada setiap kuih. Hias dengan hirisan limau dan parutan kulit limau.