Cheesecake Lembut Berkrim bersama Aiskrim Nestlé Lime & Vanilla
Masa
Penyediaan
45 minit
Masa
Memasak
45 minit
Saiz
Hidangan
12 biji
Nilai pemakanan (Setiap hidangan)
276 kcal
Tenaga
276kcal
CHO
25.5g
Protein
4.1g
Lemak
17.9g
Bahan-bahan
Untuk biskut base
175g Kraker
75g Mentega, melted
Untuk kek keju
11g Serbuk gelatin
33g Air
180g Keju krim
70g Gula
3 Limau segar, jus and parutan kulit
200g Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream
Untuk hiasan
Beberapa keeping Hirisan limau segar
6 scoops Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream
Langkah Penyediaan
Untuk biskut base, masukkan kraker ke dalam pemproses makanan dan proses sehingga menjadi tekstur serbuk roti. Tuangkan mentega dan gaul sehingga sebati.
Letakkan bekas kek cawan ke dalam loyan muffin atau kek cawan. Di dalam setiap bekas kek cawan, letakkan 25g campuran biskut dan ratakan ia. Ketepikan.
Kembangkan serbuk gelatin dengan air dan ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul krim keju sehingga lembut dan masukkan gula. Gaul rata.
Kemudiannya, masukkan jus limau, prutan kulit limau dan Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream. Gaul rata.
Gaul campuran gelatin sehingga larut sepenuhnya. Double boil atau panaskan campuran dengan ketuhar gelombang mikro sehingga tesktur jelas. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam campuran krim keju. Gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan sehingga penuh dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam.
Untuk menghidang, taburkan setengah scoop Nestlé Lime & Vanilla Ice Cream pada setiap kek keju dan hias dengan hirisan limau. Hidangkan serta merta.