Resipi | Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam | DearNestlé Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

sponsor
Dibawakan oleh
MAGGI®



Disempurnakan dengan pelbagai rempah ratus dan disajikan bersama ayam empuk yang enak, inilah hidangan yang akan membawa anda meneroka ke dunia yang berbeza.


Masa penyediaan

30 min

Masa memasak

20 min

Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

345 Kcal
Protein
25g
Karbo
68g
Lemak
7g
Recipes

Bahan-bahan

  • 500 g dada ayam, dipotong dadu
  • 1 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih

Rempah(atau anda boleh beli rempah campuran Kabsa)

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh bunga cengkih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk halia
  • 1 sudu teh serbuk buah pala

Bahan Nasi

  • 700 ml air
  • 500 g beras basmathi, dibasuh dan ditapis
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
  • 2 kiub Kiub Stok Ayam MAGGI®
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Ayam dipotong dadu dan diperap selama 30 minit bersama MAGGI® CukupRasa™. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali, tuang 2 sudu besar minyak jagung dan tumis bawang Holland dan bawang putih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan taburkan kesemua rempah.
  4. Di dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras, daun pandan, Sos Tomato MAGGI® dan Kiub Stok Ayam MAGGI®. Tuangkan air dan kacau sebati.
  5. Selepas itu masukkan ayam tadi ke dalam nasi.
  6. Biarkan sehingga ia masak sempurna di dalam periuk nasi tadi.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI