Resipi | Biskut Almond London | DearNestlé Biskut Almond London | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Almond London

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

1 jam

Masa Memasak

20 min

Saiz Hidangan

45 biskut

Energy (kcal)

91kcal
Protein
2.7g
Karb
10.6g
Lemak
6.9g
Recipes

Ingredients

  • 200g kacang badam yang dibakar
  • 150g mentega (suhu bilik)
  • 250g tepung gandum
  • 1⁄4 tsp serbuk penaik
  • 7 tbsp Susu Tepung Everyday
  • 60g Nestum All Family Cereal Original
  • 40g gula aising
  • 1 biji telur kuning
  • 250g coklat butang
  • 20g Nestum All Family Cereal Original (Hiasan)
ad space
Recipes

Directions

  1. Kacau mentega dan gula aising sehingga sebati. Tambahkan telur kuning dan kacau selama 1 minit.
  2. Ayak tepung, Susu Tepung Everyday dan serbuk penaik dalam campuran mentega dan gula aising.
  3. Masukkan Nestum All Family Cereal Original dan uli doh. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. Ambil 6-7g doh dan balutkan kacang badam.
  5. Bakar doh dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 170°C selama 15-20 minit. Keluarkan dan biarkan biskut sejuk.
  6. Cairkan coklat dalam ketuhar selama 1 minit sehingga cair sepenuhnya.
  7. Letakkan biskut ke dalam bekas kek cawan mini dan salutkan 1 sudu coklat cair atas biskut. Taburkan Nestum di atas.
  8. Ulangi cara yang sama pada biskut yang selebihnya. Biarkan coklat sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI