1/2 kubis bunga (300g) dipotong menjadi size kuntum bunga
2 kentang (dicincang besar)
1/4 cawan air (tambah air jika kentang belum masak)
3 sudu besar susu tepung Everyday (campurkan dengan air 200ml)
Pes Kari:
1 bawang merah (dipotong dadu halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar halia (diparut)
1 cili hijau (dihiris)
1 tomato (dicincang)
1 tin (390g) cincang tomato
1 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh biji jintan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
Jus dari 2 limau
Garam dan lada secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara penyediaan
Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat (nonstick pan). Masukkan biji jintan dan kentang. Goreng sampai bau naik. Masak selama 2-3 minit dengan api yang rendah.
Masukkan kubis bunga dan tumis sehingga kentang dan kubis bunga warna keemasan. Keluarkan kubis bunga dan kentang tapi kekalkan minyak dalam kuali.
Masukkan pes kari dan tumis dengan api yang rendah selama 3-4 minit sehingga minyak mula menggelegak.
Toskan kentang dan kubis bunga. Masukkan air dan bawa ke reneh perlahan. Kacau sentiasa.
Sebaik sahaja kari mula pekat, periksa jika kentang sudah masak.
Naikkan api dan tambah susu Everyday kemudian tutup api. Teruskan kacau sehingga sebati.