Nutrisi Untuk Minda Anak Anda

28 July 2021Kongsikan artikel ini

Nutrisi Untuk Minda Anak Anda

Aktiviti harian anak-anak kita biasanya penuh dari pagi hingga petang. Melakukan aktiviti di sekolah, bermain di padang permainan dan juga di rumah. Semasa mereka melakukannya, perkembangan otak mereka meningkat dan berubah dengan pantas.

Kesemua pertumbuhan itu memerlukan nutrisi yang betul. Tahun-tahun awal merupakan peringkat yang penting untuk perkembangan otak dan apa yang mereka makan turut membantu.

Jadi, makanan apakah yang membantu anak-anak cerdas dan fokus sepanjang pembelajaran harian? Berikut adalah senarai 6 makanan teratas yang kaya dengan nutrien yang dapat membantu menyokong perkembangan kognitif yang sihat.

1. Telur

Telur adalah sumber protein, Vitamin B dan Kolina yang hebat, dan boleh dihidangkan secara masak hancur, digoreng atau direbus. Vitamin B9 dan Kolina dapat membantu meningkatkan prestasi akademik melalui daya tumpuan yang lebih baik1

2. Bijirin penuh

Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Keupayaan untuk menumpukan perhatian datangnya daripada bekalan tenaga yang berterusan, yang terdapat dalam roti gandum penuh, pasta, bijirin dan beras.

3. Sayur-sayuran Berdaun Hijau

Bayam, kailan dan sayur-sayuran berdaun hijau lain penuh dengan vitamin, mineral dan antioksida yang membantu menjaga sel-sel kita, termasuk sel otak, untuk berfungsi dengan baik. Sayur-sayuran ini juga merupakan sumber serat yang kaya yang membantu menyokong sistem pencernaan yang baik. Untuk kanak-kanak yang cerewet dan kurang menyukai sayur, tambahkannya ke dalam smoothie atau sup, telur dadar atau pasta.

4. Ikan

Ikan, terutama ikan berminyak seperti salmon, makarel dan tuna, kaya dengan vitamin D2 dan asid lemak Omega-3 seperti DHA yang dapat membantu menyokong perkembangan otak.

5. Kacang

Kekacang seperti walnut dan badam, dan biji seperti bunga matahari, chia, dan flaks kaya dengan protein, asid lemak penting, vitamin dan mineral. Flaks, biji chia dan walnut sangat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid linolenik, yang dapat diubah menjadi DHA di dalam badan kita, dan dapat membantu menyokong fungsi otak3. Hidangkan sebagai mentega kacang atau taburkan ke atas salad untuk mudah dimakan!

6. Susu

Susu adalah minuman berkhasiat yang kaya dengan protein dan kalsium. Susu penuh krim seperti NESPRAY Penuh Krim dilengkapi dengan 15 vitamin dan mineral, termasuk Asid Folik, Vitamin B1, B2, dan B12 untuk memastikan anak anda mendapat nutrien yang mereka perlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan yang sihat.

Walaupun makanan super ini dapat menyokong perkembangan otak anak anda, memastikan anak anda mendapat sarapan yang berkhasiat, makan makanan ringan yang sihat, dan mendapatkan rehat yang mencukupi pada waktu malam, juga penting untuk minda dan fokus yang tajam untuk mereka mengharungi hari.

Rujukan:
1. Nilsson, T. K., Hurtig-Wennl f, A., Sj str m, M., Herrmann, W., Obeid, R., Owen, J. R., Zeisel, S. Plasma 1-carbon metabolites and academic achievement in 15-yr-old adolescents. FASEB Journal 2016; 30: 1683–1688.
2. Lauren R. Harms, Thomas H.J. Burne, Darryl W. Eyles, John J. McGrath. Vitamin D and the brain. Best Practice & Research Clinical Endocrinology & Metabolism 2011; 25(4): 657-669
3. Janet Bryan, Ph D, Saskia Osendarp, Ph D, Donna Hughes, MPsych, Eva Calvaresi, MPsych, Katrine Baghurst, Ph D, Jan-Willem van Klinken, Ph D, Nutrients for Cognitive Development in School-aged Children. Nutrition Reviews 2004; 62(8): 295–306.