Resipi | EVERYDAY® & MAGGI® Nasi Briyani Ayam | DearNestlé EVERYDAY® & MAGGI® Nasi Briyani Ayam | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

EVERYDAY® & MAGGI® Nasi Briyani Ayam

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

25 min

Masa Memasak

25 min

Saiz Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

455.6kcal
Protein
16.7g
Karbo
68.8g
Lemak
12.2g
Recipes

Bahan-bahan

  • 2½ sudu besar Minyak sapi
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 biji Bawang besar, dihiris
  • 1 inci Halia, dihiris
  • 1 pek (90g) MAGGI® Pes Perencah Nasi Briyani
  • 250g Dada ayam, dipotong
  • 450g Beras basmati. Dibasuh dan ditoskan
  • 3 sudu besar NESTLE® EVERYDAY® Milk powder
  • 700 ml Air
  • 2 sudu kecil Jus limau nipis
  • 2 helai Daun pandan, diikat
  • 2 biji Tomato, dipotong berbaji
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak sapi, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang besar dan halia yang telah dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes MAGGI®, tumiskan seketika. Tambah ayam dan biarkan sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan basmati, gaul rata dan alihkan ke periuk nasi.
  4. Larutkan NESTLE® EVERYDAY® di dalam 200ml air. Masukkan jus limau nipis, Gaul sebati dan tuang kedalam periuk nasi.
  5. Masukkan air, daun pandan dan tomato. Gaul sebati dan biarkan nasi sehingga masak

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI