6 sudu besar MILO® (30g) + 4 sudu besar air panas (digaul rata)
Cara penyediaan
Pukul mentega dan gula hingga pucat dan gebu. Kemudian masukkan telur, satu persatu. Pukul selama 1 minit kemudian tuangkan esen vanila.
Ayak tepung biasa, serbuk penaik dan susu tepung EVERYDAY. Gunakan spatula dan lipat sehingga sebati.
Tuangkan susu EVERYDAY dan teruskan kacau hingga rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bancuhan MILO® ke dalam satu bahagian dan gaul rata.
Sapukan satu lapisan adunan susu di dasar loyang kek beralas 7-7.5” persegi dan teruskan dengan lapisan adunan MILO® lagi. Ulangi lapisan ini secara berselang-seli sehingga selesai. Pada lapisan terakhir, titiskan bintik-bintik kecil adunan tanpa MILO® dan jalankan lidi bersih melalui adunan untuk menghasilkan kesan marmar.
Bakar dalam air fryer pada suhu 170°’C selama 20-25 minit atau sehingga masak.