Resipi | Kek Coklat Lava NESTUM® | DearNestlé Kek Coklat Lava NESTUM® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Kek Coklat Lava NESTUM®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Dengan menambah NESTUM®, tekstur dan rasa kek popular ini lebih sedap – kini anda boleh membuat sendiri di rumah!


Masa Penyediaan

30 min

Masa Memasak

15 min

Hidang

6 orang

Nutrition Information per serving

68kcal
Protein
2g
Carb
12g
Fat
2g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar mentega lembut (untuk mengris cawan puding)
  • 1 sudu besar gula kaster
  • 1 sudu besar serbuk koko yang telah diayak
  • 160 coklat masakan berkualiti tinggi, potong nipis
  • 3 biji telur sederhana besar (60g setiap satu)
  • 1 biji telur kuning
  • ¼ sudu teh esen vanila
  • 70 g gula
  • 40 g NESTUM® All Family Cereal Original
  • Buah-buahan pilihan
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Gris 6 mangkuk kecil, cawan atau gelas tahan panas dengan mentega. Satukan gula kaster dan koko di dalam mangkuk kecil dan tabur dalam bekas yang telah digris. Kemudian ketuk perlahan-lahan untuk keluarkan lebihannya. Letak bekas yang telah siap di atas dulang dan sejukkan di dalam peti sejuk (sekurang-kurangnya 10 minit) atau sehingga diperlukan
  2. Masukkan coklat dan mentega di dalam mangkuk dan cairkan dengan cara meletak mangkuk di dalam air panas, kacau selalu. Sebaik saja coklat cair, keluarkan mangkuk dan kacau lagi sehingga likat.
  3. Pukul telur, telur kuning, vanila dan gula di dalam mangkuk adunan lain sehingga gebu, tetapi jangan terlebih pukul. Tuang coklat suam dan kacau sehingga sebati
  4. Akhir sekali, masukkan NESTUM®, gaul dan tuang bater ini ke dalam cawan/bekas yang telah disediakan, penuhkan anggaran 4-5 sm.
  5. Cuba bakar satu cawan adunan dahulu (yang lain biarkan di dalam peti sejuk). Masukkan cawan di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu (190C) dan bakar selama 12 -15 minit (bergantung kepada saiz). Keluarkan dan biar di dalam suhu rumah selama 10 minit. Guna pisau mentega kecil dan cungkil perlahan-lahan di bahagian tepi kek untuk mengeluarkannya. Berhati-hati supaya kek tidak pecah dan letak dalam pinggan desert. Selepas merasa kek pertama ini (bahagian tepinya mesti padu dan tengah lembut), sesuaikan masa membakar mengikut jumlah cawan berisi adunan yang ada.
  6. 12. Hidang kek lava bersama buah-buahan dan jika anda suka boleh letak ais-krim vanila.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI