Resipi | Ayam Masak Merah | DearNestlé Ayam Masak Merah | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Ayam Masak Merah

sponsor
Dibawakan oleh
MAGGI®



Ayam masak merah yang manis dan pedas ini dimasak dengan sos tomato sering menjadi sajian kegemaran semasa musim keraian Ramadhan. Ianya adalah pilihan sempurna bagi mereka yang inginkan sesuatu yang tradisi dari Malaysia


Masa penyediaan

20 min

Masa memasak

10 min

Hidangan

4 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

184.7kcal
Protein
11.7g
Karbo
2.8g
Lemak
14.2g
Recipes

Bahan-bahan

A

  • 300 g dada ayam, dipotong dadu
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ¼ sudu kecil MAGGI CukupRasa
  • Minyak, untuk mengoreng

B

  • 2 biji bawang kecil, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 pek MAGGI Sambal Tumis
  • 2 sudu kecil MAGGI Sos Tomato
  • 100 ml air
ad space
Recipes

Cara-Cara

  1. Gaulkan bahan A sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
  3. Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bahan B.
  4. Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
  5. arkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI