Resipi | Nasi Dagang Kari Ikan Tongkol Dan Acar Jelateh | DearNestlé Nasi Dagang Kari Ikan Tongkol Dan Acar Jelateh | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Nasi Dagang Kari Ikan Tongkol Dan Acar Jelateh

sponsor
Dibawakan oleh
MAGGI®



Nasinya lembut digandingkan pula dengan keenakan kuah kari ikan tongkol pekat dan masam manis acar jelatah yang pasti dapat menambat selera ramai!


Prep time

45 min

Cooking time

1 hour

Serves

6 persons

Nutrition Information per serving

325kcal
Protein
7g
Carbs
63g
Fat
5g
Recipes

Bahan-bahan

Untuk Nasi Dagang:

  • 500g beras Nasi Dagang, (campuran beras berwarna ungu seperti beras pulut) cuci dan bilas
  • 600ml air
  • 100 ml santan kelapa
  • 1 inci halia, dihiris
  • 1 ulas bawang, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • ¼ sudu kecil biji halba
  • 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™

Untuk Kari Ikan Tonggol:

  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar herba campur
  • 1 jalur daun kari
  • 2 ulas bawang, dikisar
  • 10 gram halia, dikisar
  • 2 tangkal cili segar, dikisar
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Mula-mula, rendam beras Nasi Dagang yang telah dicuci selama 1 jam. Kemudian, toskan dengan penapis dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  2. Seterusnya masukkan 600ml air bersama santan kelapa, halia, bawang putih dan biji halba ke dalam periuk nasi. Kacau bahan-bahan tersebut menggunakan senduk kayu dan biarkan sehingga nasi masak.
  3. Sementara nasi masak, sediakan Kari Ikan Tongkol dan juga Acar Jelatah.

Untuk Kari Ikan Tongkol:

  1. Mula-mula, panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih, halia, cili, daun kari dan juga herba campur serta goreng sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan serbuk cili dan kacau selama 1-2 minit sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan air asam jawa, NESTLÉ Natural Set Yogurt dan juga MAGGI® CukupRasa™. Kemudian masukkan ikan bersama bendi dan tomato. Akhir sekali masukkan 400ml air dan biarkan ia mendidih
  4. Apabila kuah mula mendidih, perlahankan api dengan segera dan biarkan ia mendidih selama 10 minit.
  5. Sediakan Nasi Dagang dengan keenakan Kari Ikan Tongkol yang menggiurkan. Pasti berselera!

Untuk Acar Jelatah:

  1. Mula-mula, masukkan satu persatu bahan-bahan seperti cuka putih, MAGGI® CukupRasa™, gula, bijan dan akhir sekali ¼ cawan air di dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan lobak merah, timun, nenas, cili merah dan juga bawang merah yang telah dihiris dan kacau bersama bahan-bahan tadi.
  3. Acar Jelatah anda telah pun siap! Ketepikan acar tersebut selama 1 jam atau selama satu malam agar campuran menjadi lebih sebati.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI