Resipi | NESTUM® Ayam Masak Merah | DearNestlé NESTUM® Ayam Masak Merah | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NESTUM® Ayam Masak Merah

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Sentuhan NESTUM® yang lebih berkhasiat untuk resipi Ayam Masak Merah ini sesuai dipasangkan dengan nasi atau naan untuk hidangan lengkap.


Overview

Masa Penyediaan

30 mins

Masa Memasak

1 hour

Hidangan

6 servings

Maklumat nutrisi (1 hidangan)

342.2kcal
Protein
20.8g
Karbohidrat
37.2g
Lemak
12.1g
Recipes

Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 ketul Paha ayam
  • 3 sudu besar Tepung
  • ½ sudu kecil Lada hitam
  • 1 sudu kecil Garam
  • 50g NESTUM
  • 1 Telur

Bahan B

  • 2 Bawang merah saiz sederhana
  • 20 Cili kering, direndam
  • 5 ulas Bawang putih
  • 40g Halia
  • 25g Lengkuas
  • 5 batang Serai
  • 30ml Air

Bahan C

  • 2-3 biji Bunga lawang
  • 4 biji Bunga cengkih
  • 3 inci Kulit kayu manis
  • 3 biji Pelaga

Bahan D

  • 1 tin Sup tomato
  • 250g Yogurt
  • ½ sudu besar Garam
  • ½ sudu besar Lada hitam

Hiasan

  • Cili merah segar
  • Daun ketumbar
  • Bawang, dipotong cincin
  • NESTUM, dibakar
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Perapkan ayam dengan lada hitam dan garam.
  2. Campurkan NESTUM, tepung dan telur untuk hasilkan adunan melekit. Masukkan ayam yang telah diperap.
  3. Goreng ayam hingga warna keemasan. Ketepikan.
  4. Kisarkan bahan B sehingga pes lembut.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan C hingga harum.
  6. Masukkan pes tadi dan tumis hingga masak, wangi dan pecah minyak.
  7. Masukkan bahan D dan ayam.
  8. Gaul dan didih sehingga sos menjadi pekat.
  9. Hiaskan sebelum hidang.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI