120ml susu EVERYDAY (100ml air + 20g susu tepung EVERYDAY)
80ml krim putar
15g tepung jagung
Cara penyediaan
Pukul krim keju sehingga gebu dan ringan. Kemudian, tuangkan gula dan teruskan pukul selama 2 minit lagi.
Masukkan telur, satu persatu, dan esen vanila.
Tuangkan susu EVERYDAY dan krim putar. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang kek 6” yang telah berlapik. (Pastikan untuk melapik loyang kek dengan kertas pacmen di atas rim dan dimasukkan ke bahagian bawah)
Masukkan ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 200°’C selama 20minit. Pastikan kek keju masih bergoyang di tengah manakala bahagian atas telah gelap.
Biarkan kek sejuk di dalam air fryer sehingga suhu bilik dan sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dimakan.