Resipi | Kek Keju NESTUM x KITKAT® | DearNestlé Kek Keju NESTUM x KITKAT® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Kek Keju NESTUM x KITKAT®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Kek keju yang lembut dan berkrim dengan kepingan KITKAT® rangup dan lapisan NESTUM® ini sangat mudah untuk disediakan. Hias dengan buah kegemaran anda dan ia sedia untuk dihidang!


Masa penyediaan

20 min

Masa penyejukan

4 jam

Hidangan

12 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

212.1kcal
Protein
4.9g
Karbohidrat
16.7g
Lemak
14.3g
Recipes

Bahan-bahan

Bahan A

  • 500g Keju krim (cream cheese)
  • 240g Gula kastor
  • 150ml Susu rendah lemak

Bahan B

  • 30ml Susu rendah lemak
  • 18 keping Biskut krim kraker
  • 6 keping KITKAT® (2 jejari), dipotong halus
  • 30g NESTUM

Hiasan

  • Strawberi
  • Beri biru
  • Daun Pudina
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Bakar NESTUM atas api perlahan ke sederhana selama 5 minit sehingga beraroma dan warna keperangan. Sejukkan.
  2. Putar Bahan A hingga pekat dan berkrim.
  3. Celup kraker dalam susu dan susun rapi dalam loyang segi empat (7”).
  4. Taburkan satu lapisan KITKAT® yang dipotong halus.
  5. Tuang sedikit adunan keju krim diikuti satu lapisan NESTUM yang dibakar.
  6. Ulang langkah 3-5 untuk membentuk 2 lapisan.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sehingga kek membeku.
  8. Hiaskan dengan strawberi, beri biru dan daun pudina.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI