Resipi | Kek Span EVERYDAY x NESCAFÉ | DearNestlé Kek Span EVERYDAY x NESCAFÉ | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Kek Span EVERYDAY x NESCAFÉ

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

20 min

Masa Memasak

20 min

Hidangan

6 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

267kcal
Protein
5.7g
Karb
36.4g
Lemak
11.0g
Recipes

Bahan-bahan

  • 2 biji telur besar
  • 110g gula kastor
  • 120ml susu EVERYDAY (100ml air suam + 20g susu tepung EVERYDAY)
  • 1.5 sudu besar serbuk kopi NESCAFÉ
  • 50ml minyak sayuran
  • 120g tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung EVERYDAY
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Pukul telur dengan gula sehingga pucat dan gebu (Adunan sedia apabila boleh melukis ‘S’ di atas permukaan).
  2. Campurkan serbuk kopi NESCAFÉ ke dalam susu EVERYDAY suam dan kacau rata.
  3. Masukkan minyak ke dalam adunan telur yang telah dipukul dan teruskan pukul selama 1 minit. Kemudian tuangkan campuran kopi dan pukul selama 1 minit lagi.
  4. Ayak tepung gandum, susu tepung EVERYDAY dan serbuk penaik. Kemudian menggunakan spatula, lipat adunan sehingga licin.
  5. Tuangkan ke dalam loyang kecil yang telah dilapik atau berminyak (6.5 x 3.5 x 4.2” atau bergantung pada saiz air fryer). Bakar dalam air fryer pada suhu 160°’C selama 20 minit (Boleh tambah 2-3 minit jika suka bahagian atas lebih gelap).
  6. Setelah siap, hidangkan bersama buah-buahan pilihan anda.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI