Recipes | Teh Masala Dengan Susu EVERYDAY | DearNestlé Skip to main content

Teh Masala Dengan Susu EVERYDAY

sponsor
Brought to you by
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

10 min

Masa Memasak

10 min

Saiz Hidangan

4 Orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

97 kcal
Karb
14.2 g
Protein
2.4 g
Lemak
3.3 g
Recipes

Bahan-Bahan

BAHAN-BAHAN A

  • 500 ml Air
  • 500 ml Susu EVERYDAY (6 sudu besar susu tepung Everyday)
  • 4 sudu kecil Gula (Boleh juga guna madu atau sirap maple)
  • 2 sudu besar Daun teh (boleh guna uncang teh)
  • 1 sudu besar Halia (hiris/parut)

BAHAN-BAHAN B

  • 5-7 biji buah pelaga
  • 5-7 biji Cengkih
  • 2 batang kecil Kayu manis
  • 5-7 biji Lada hitam
ad space
Recipes

Cara-Cara Penyediaan

  1. Hancurkan bahan-bahan B menggunakan lesung batu atau pengisar kopi / rempah.
  2. Panaskan air di dalam periuk pada api sederhana tinggi dan masukkan bahan–bahan B yang dikisar.
  3. Masukkan halia dan kurangkan api ke sederhana dan biarkan air mendidih untuk 5 minit sehingga naik wangi.
  4. Tambahkan daun teh dan biarkan mendidih selama satu minit. Boleh tambah gula pada masa ini ataupun kemudian apabila dihidangkan.
  5. Tambah susu Everyday dan kacau.
  6. Tunggu sehingga teh mendidih. Teh boleh melimpah dengan mudah, jadi perhatikan dengan teliti.
  7. Sebaik sahaja teh mendidih, tutupkan api dan tutup periuk dengan penutup selama satu minit.
  8. Tarik teh dalam cawan dan nikmati minuman anda!

How do you think about this recipe?

Register now as a Dear Nestlé Member!

By joining, I agree to the processing of my Personal Data in accordance with the Privacy Notice.

CLICK HERE