Recipes | Indian Curd Rice With EVERYDAY Milk | DearNestlé Indian Curd Rice With EVERYDAY Milk | Dear Nestlé Skip to main content

Indian Curd Rice With EVERYDAY Milk

sponsor
Brought to you by
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

15 min

Masa Memasak

10 min

Saiz Hidangan

8 Orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

143 kcal
Karb
23.7 g
Protein
3.5 g
Lemak
3.7 g
Recipes

Bahan-bahan

BAHAN-BAHAN A

  • 1 cawan beras panjang (Dibilas)
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 2 cawan dadih (boleh kurangkan kuantiti dadih mengikut citarasa anda)
  • 1/2 cawan susu EVERYDAY (1.5 sudu besar susu tepung Everyday + 100ml air)
  • 2 lobak merah saiz sederhana (dihiris)
  • 1-2 sudu besar ketumbar (dihiris)
  • 1-2 cili hijau (dihiris)

BAHAN-BAHAN B

  • 1.5 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu teh urad dal
  • 1 sudu teh halia(dihiris)
  • 8-10 daun kari
  • 2 cili kering
ad space
Recipes

Cara-Cara Penyediaan

  1. Masukkan beras, 3 cawan air dan ½ sudu teh garam dalam periuk tekanan dan masak sehingga lembut (2 hingga 3 wisel pada api yang tinggi kemudian turunkan api dan masak selama 2- 3 minit lagi).
  2. Lenyek nasi sedikit ataupun boleh dibiarkan jika tidak suka nasi yang terlalu lembik. Diketepikan sehingga sejuk sepenuhnya.
  3. Selepas itu, masukkan dadih dan susu Everyday dan gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan lobak merah, ketumbar dan cili hijau. Gaulkan semua bahan dan diketepikan.
  5. Panaskan kuali (api sederhana), masukkan bahan-bahan B dan kacau untuk 2-3 minit. Taburkan di atas nasi dan sedia dihidangkan.

How do you think about this recipe?

Register now as a Dear Nestlé Member!

By joining, I agree to the processing of my Personal Data in accordance with the Privacy Notice.

CLICK HERE