Resipi | NUD® Kuih Siput | DearNestlé NUD® Kuih Siput | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Kuih Siput

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

10 min

Masa Memasak

30 min

Saiz Hidangan

20 biji

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

40 kcal
Protein
1.6g
Karbo
4g
Lemak
2g
Recipes

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Kering:

  • 50g tepung gandum
  • 40g tepung naik sendiri
  • 5 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk cili (pilihan)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil jintan manis, ditumbuk
  • 1 sudu besar jintan kasar, ditumbuk
  • 1½ sudu besar udang kering, direndam, dibersih & ditumbuk

Bahan-bahan Basah:

  • 50ml air
  • 2 sudu marjerin
  • Bahan untuk Sapu:
    • 1 telur, dipukul ringan
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165°C.
  2. Masukkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk campuran dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan kesemua bahan basah dan uli sehingga menjadi adunan.
  4. Uli adunan selama 3 minit sehingga permukaannya licin dan tidak melekat pada mangkuk. Jika adunan terlalu basah, tambahkan sedikit tepung naik sendiri.
  5. Cubitkan sedikit adunan dan leperkan pada permukaan atas garpu. Gulungkan adunan perlahan-lahan menghala ke hujung jari garpu untuk membentuk corak siput. Kemudian sapukan dengan sedikit telur.
  6. Bakar selama 20 - 25 minit, atau sehingga kuning keemasan. Oleh sebab suhu ketuhar mungkin berbeza, mulailah memeriksa kuih siput 5 minit sebelum masa pembakaran yang dicadangkan untuk mengelakkan kehangusan.
  7. Biarkan sejuk sepenuhnya di atas rak dawai sebelum dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI