Resipi | NUD® Krep Buah-Buahan | DearNestlé NUD® Krep Buah-Buahan | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Krep Buah-Buahan

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

25 min

Masa Memasak

15 min

Saiz Hidangan

6 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

94 kcal
Protein
4 g
Karbo
14 g
Lemak
2 g
Recipes

Ingredients

Krep Ramuan A

  • 50g tepung gandum, diayak
  • 50g tepung gandum penuh, diayak
  • 3½ penceduk Makanan Pendietan Berformula NUTREN® Untuk Diabetik™ dibancuh dengan 110ml air
  • 300ml air
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar minyak sayuran (untuk sapuan)

Sos Vanila

  • 2 biji telur kuning
  • 3 camca teh esen vanila
  • 5 penceduk Makanan Pendietan Berformula NUTREN® Untuk Diabetik™ dibancuh dengan 150ml air

 

  • 1 mangkuk buah-buahan segar
ad space
Recipes

Directions

  1. Untuk membuat krep, pukul sebati ramuan A sehingga menjadi adunan yang lembut. Biarkan selama 20 minit.
  2. Panaskan kuali dan lengserkan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan dan kacau ikut bulatan untuk meratakan adunan.
  3. Masak atas api yang rendah sehingga bahagian hujung mula melengkung ke atas dan angkat dari kuali. Ulangi proses in sehingga semua adunan telah digunakan; ketepikan.
  4. Untuk membuat Sos Vanila, pukul telur kuning dengan esen perlahan-lahan. Masukkan Makanan Pendietan Berformula NUTREN® Untuk Diabetik™ dan kacau atas api yang rendah sehingga adunan menjadi sedikit pekat. Angkat daripada api dan sejukkan.
  5. Hidangkan krep dengan Sos Vanila dan buah-buahan segar.

Tahukah anda:
Tambah 2 camca besar oat ke dalam adunan untuk meningkatkan kandungan serat.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI