Resipi | NUD® Sup Jagung Ayam | DearNestlé NUD® Sup Jagung Ayam | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Sup Jagung Ayam

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

10 min

Masa Memasak

20 min

Saiz Hidangan

5 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

185 kcal
Protein
13 g
Karbo
17 g
Lemak
7 g
Recipes

Bahan-Bahan

  • 1 sudu besar Marjerin
  • 150 g Daging ayam tanpa lemak, tanpa tulang & dicincang
  • 3 cawan Stok ayam
  • 1 cawan Krim jagung
  • 2 biji sederhana Putih telur, dipukul
  • 7 sudu NUTREN Untuk Diabetik®, dibancuh bersama 210ml air
  • 1 sudu besar Tepung jagung dicampur dengan sedikit air
  • ½ sudu teh Serbuk lada putih
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Panaskan marjerin di atas api yang kecil sehingga ia cair.
  2. Masukkan ayam dan tumis sehingga warnanya berubah.
  3. Masukkan stok ayam, masak sehingga mendidih dan kemudian kurangkan api.
  4. Masukkan krim jagung dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan telur yang telah dipukul secara beransur-ansur dan kacau sup secara berterusan.
  6. Tambah campuran NUTREN Untuk Diabetik® dan tepung jagung. Kacau sehingga sup mendidih dan padamkan api dengan segera. Jangan biarkan ia mendidih lama.
  7. Masukkan lada. Hidangkan panas.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI