Resipi | POPIA NESTUM® RANGUP ORIGINAL | DearNestlé POPIA NESTUM® RANGUP ORIGINAL | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

POPIA NESTUM® RANGUP ORIGINAL

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Panduan untuk membuat Popia NESTUM® Rangup Original


Masa penyediaan

20 min

Masa memasak

30 min

Hidangan

200 keping
Recipes

Bahan-bahan

Bahan Sapuan

  • 660 g mentega, lembutkan di dalam suhu bilik
  • 100 g susu pekat manis
  • 2 biji telur kuning

Inti

  • 10 keping kulit popia, dinyahsejuk-beku
  • 60 g NESTUM® All Family Cereal Original
  • Tambahan 60 g NESTUM® All Family Cereal Original (untuk menyalut)
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Masukkan mentega, susu dan telur kuning di dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga sebati supaya mudah disapu atas kulit popia.
  2. Susun kulit popia secara berlapis, kemudian potong dua sama panjang (supaya jadi bentuk segi empat sama). Asingkan setiap lapisan kulit popia. Tutup dengan tuala kecil lembap supaya ia mudah digulung.
  3. Sapu nipis setiap kulit popia dengan adunan mentega/susu/kuning telur menggunakan berus pastri. Tabur 2 sudu besar NESTUM® di atasnya, ratakan kecuali bahagian tepi anggaran 2 cm dibiarkan kosong. Gulung dengan cermat dan kemas.
  4. Sapu bahagian luar kulit popia dengan adunan sapuan tadi, kemudian golek-golekkan ia dalam kepingan NESTUM® (yang telah ditabur dalam dulang) dengan rata.
  5. Letak popia di atas bod pemotong dan potong menggunakan pisau tajam anggaran 1 cm panjang. Letak atas dulang pembakar beralas kertas pembakar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (150°C) selama 15 – 20 minit atau sehingga popia menjadi rangup dan coklat keemasan. Sejukkan ia sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara (boleh dibuat anggaran 200 keping).

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI