Resipi | NESTUM Kurma Bar | DearNestlé NESTUM Kurma Bar | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NESTUM Kurma Bar

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Panduan untuk membuat NESTUM Kurma Bar.


Masa penyediaan

15 min

Masa memasak

55 min

Hidangan

40 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

71.8kcal
Protein
1.0g
Karb
9.7g
Lemak
3.2g
Recipes

Bahan-bahan

Inti Kurma

  • 150g Kurma, buang biji dan cincang
  • 75ml Air

Lapisan Pastri:
Bahan A

  • 160g Tepung
  • ½ sudu teh Serbuk kulit kayu manis
  • ½ sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk penaik

Bahan B

  • 70g NESTUM
  • 150g Mentega, dilembutkan selama 5 minit dalam suhu bilik
  • 120g Gula perang lembut
  • ¼ sudu teh Esen vanila
  • 1 biji Telur
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Masukkan inti kurma dan masak atas api perlahan sehingga lembut dan adunan pekat. Sejukkan.
  2. Ayak bersama bahan A. Masukkan NESTUM dan kacau. Ketepikan.
  3. Kacau mentega, gula dan vanila sehingga ringan. Masukkan telur dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung dan campuran NESTUM untuk membentuk doh yang lembut. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 – 15 minit sehingga kental.
  5. Tekan separuh doh ke dalam tin sehingga ia menutup pangkal dalam lapisan nipis and rata. Ratakan inti kurma diikuti dengan baki adunan sehingga ditutup.
  6. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 – 35 minit atau sehingga berwarna keemasan. (Putar dulang semasa membakar supaya warna pastri sekata).
  7. Sejukkan pastri selama 5 minit sebelum dipotong dalam kepingan persegi. Susun dalam jarak 3cm dan bakar semula selama 15 minit atau sehingga ranggup. Sejukkan sebelum disimpan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI