Resipi | Kuih Makmur EVERYDAY x NESTUM | DearNestlé Kuih Makmur EVERYDAY x NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Kuih Makmur EVERYDAY x NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

35 min

Masa Memasak

20 min

Hidangan

30 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

93kcal
Protein
1.6g
Karb
11.5g
Lemak
4.6g
Recipes

Bahan-bahan

Doh

  • 150g mentega bergaram (pada suhu bilik)
  • 250g tepung serba guna (diayak)
  • 40g susu tepung EVERYDAY

Pengisian

  • 80g NESTUM
  • 35g gula kastor

Taburan

  • 40g gula aising (diayak)
  • 20g susu tepung EVERYDAY
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Krimkan mentega sehingga sebati dan masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dan susu tepung EVERYDAY. Gaul dan uli lembut sehingga menjadi doh. Ketepikan untuk berehat selama 15 minit.
  2. Gaulkan NESTUM dan gula untuk pengisian.
  3. Bahagikan doh kepada 30 keping (14g setiap keping)
  4. Gulung menjadi bujur dan tekan di tengah untuk membentuk lubang. Sudukan 2/3 sudu kecil pengisian ke dalam rongga dan tutup bahagian tepinya.
  5. Gunakan penjepit/ garpu untuk mencubit corak di bahagian atas dan tepi. Ulang sehingga selesai.
  6. Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 15 min-18 min. Keluarkan dan biarkan sejuk.
  7. Taburkan dengan gula aising yang telah diayak dan susu tepung EVERYDAY. Simpan dalam bekas kedap udara.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI