Fiesta tekstur rangup dan keenakan udang yang membawa keceriaan.
Tips di Dapur: Bijiran NESTUM ® kaya dengan gandum, jagung dan beras
Masa Penyediaan
40 min
Masa Memasak
20 min
Hidangan
6 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
175kcal
Protein
12g
Karbo
16g
Lemak
7g
Ingredients
1 cawan Bijirin NESTUM® (Perisa Asli)
2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
1 sudu kecil gula
500g udang bersaiz sederhana, dibuang urat, dicuci dan dikeringkan.
3 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega tanpa garam
3-4 biji cili padi, dipotong
7-8 tangkai daun kari, dicuci, dibuang tangkai
1 sudu kecil(atau secukup MAGGI® CUKUPRASA™ rasa)
Directions
Perapkan udang dengan 2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™ selama 1-2 jam.
Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam kuali panas. Kemudian, goreng udang sehingga garing.
Kemudian, angkat dan tos minyak menggunakan tuala kertas dan ketepikan seketika.
Seterusnya, panaskan lebihan mentega di dalam kuali yang sama sehingga berbuih dan masukkan daun kari dan cili padi serta goreng di atas api sederhana sehingga naik bau.
Kecilkan api dan masukkan campuran bijirin. Goreng sehingga bijirin bertukar warna keperangan dan daun kari garing.
Masukkan udang dan goreng sekata sehingga bijirin bertukar perang keemasan.
Akhir sekali, tambah MAGGI® CukupRasa™ jika perlu. Tutupkan api dan sedia dihidang.