Kombinasi sayuran berkhasiat yang dinikmati bersama kuah kacang menjadikan sayur pecal antara hidangan tradisi yang menambat hati dan selera.
Masa penyediaan
10 min
Masa memasak
10 min
Hidangan
3 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
325 Kcal
Protein
17g
Karbo
20g
Lemak
23g
Ingredients
200 g kacang, digoreng dengan 2 sudu besar minyak
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
5 tangkai cili kering yang direndam sehingga lembut dan dikisar
1 cm kencur
1 helai daun limau purut
1 kiub Kiub Stok Ikan Bilis MAGGI®
1 sudu besar jus limau nipis
100 ml air
3 sudu besar gula merah/melaka
Sayur-sayuran
150 g tauge, dicelur
300 g kangkung, dicelur
100 g kacang panjang, dicelur
3 keping tauhu, digoreng garing
2 keping tempe, digoreng garing
150 g kobis, dicelur
Directions
Setelah kacang digoreng, masukkan ia ke dalam lesung dan tumbuk tapi jangan terlalu halus, biarkan ia sedikit kasar. Ketepikan.
Bancuh pes asam jawa dengan 100 ml air.
Kemudian, tumbuk kesemua bawang kecil, bawang putih, cili padi, cili kering kisar, kencur, daun limau purut, Kiub Stok Ikan Bilis MAGGI®, jus limau nipis, air asam jawa dan gula Melaka. Masukkan pula kacang tanah yang telah ditumbuk tadi.
Susun sayur-sayuran di atas pinggan dan tuangkan kuah kacang sebelum dihidang. Gaul rata dan ia siap untuk dinikmati!