Hidangan nasi yang mudah, sungguh lazat, beraroma dan disukai keluarga.
Masa penyediaan
20 min
Masa memasak
20 min
Hidangan
6 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
359kcal
Protein
7.3g
Karbo
68g
Lemak
6.7g
Bahan-Bahan
A
1 batang Kulit kayu manis,dipatah
3 – 4 biji Buah pelaga, dihancurkan
3 ulas Bawang putih, dicincang halus
2cm Halia, dicincang
2 helai Daun salam (pilihan)
1 camca besar Ghee / mentega
400 gm Beras Basmati
150ml Yogurt asli
1 pek Perencah Nasi Briyani MAGGI®
600 ml Air
3 camca besar Kismis
3 camca besar Kacang gajus panggang atau badam panggang dihiris nipis
3 tangkai Daun ketumbar, untuk hiasan
Cara- Cara
Cuci dan bilas beras basmati.
Panaskan Ghee / mentega dalam periuk nasi, tumiskan bahan (A) selama 3 minit sehingga wangi. Campurkan Perencah Nasi Briyani MAGGI® . Kemudian masukkan beras serta air, kacau rata.
Tambahkan Yogurt asli dan kismis, kacau rata.Tutup tudung periuk nasi dan masak.
Akhirnya, tuangkan nasi, dan taburkan kacang gajus atau serpihan badam dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Terbaik untuk dihidang bersama kari berasaskan daging, kurma atau ayam Tandoori.