Muffin Lemon Limau | Dear Nestlé Skip to main content

Muffin Lemon Limau

Brought to you by
Nestlé Natural Set Yogurt



Lembut dan kaya dengan rasa sitrus, mufin ini boleh dihidangkan dengan kopi atau teh untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek untuk berkelah atau pemanduan jauh pada hujung minggu.

Layari resepi ini dalam bahasa ENG


Masa penyediaan

30 min

Masa memasak

15 min

Hidangan

20 biji

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

293kcal
Protein
4.3g
Karbo
43g
Lemak
11g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 cawan Mentega,dicairkan
  • 1⁄2 cawan Gula kasar
  • 1 1⁄2 camca teh Serbuk penaik
  • 4 Telur
  • 2 camca teh Ekstrak lemon
  • 1 cawan Yogurt 'Set' Asli NESTLÉ®
  • 2 1⁄2 cawan Tepung Gandum
  • 1 camca teh Garam
  • 1/2 cawan Jus limau
  • 2 sudu teh kulit Lemon or limau, diparut
  • sedikit gula halus dan ¼ cawan jus limau
Recipes

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Tambahkan telur dan pukul.
  3. Tambahkan pati lemon dan kacau.
  4. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.
  5. Tambahkan tepung yang diayak berselang seli dengan jus limau, kacau sebati setiap kali selepas menambah bahan.
  6. Tambahkan parutan kulit limau.
  7. Masukkan dan kacau Yogurt ‘Set’ Asli NESTLÉ® perlahan-lahan.
  8. FIsikan ke dalam cawan mufin ¾ penuh dan bakar pada 180ºC selama 15 minit atau uji dengan pencucuk kek. Sekiranya tiada bahan yang melekat pada pencucuk, ini bererti kek telah masak.
  9. Sejukkan selama 15 minit, kemudian celupkan ke dalam jus limau diikuti dengan gula halus.

How do you think about this recipe?

Register

Register now to receive our goodie bag!

Terms & Conditions apply*

CLICK HERE