Hidangan kari kambing yang lazat dan beraroma ini pastinya menambat hati keluarga!
Masa penyediaan
30 min
Masa memasak
1 jam
Hidangan
6 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
204kcal
Protein
21g
Karbo
15g
Lemak
7g
Bahan-Bahan
500g Kepingan daging kambing
1 camca besar Minyak masak
3 ulas Bawang putih - dikisar
1 sederhana Bawang merah - dikisar
1 camca teh Halia segar - dikisar
2 camca besar Garam masala – campur dengan air (2 camca besar)
3 sederhana Kentang - dipotong
1 sederhana Lobak merah - dipotong baji
3 batang Daun saderi - dipotong 2cm
¼ cawan Kacang pis
1 cawan Yogurt ‘Set’ Asli NESTLÉ ®- campur dengan air (1 liter)
2 kiub MAGGI ® Kiub Pati Ayam
2 batang Daun Ketumbar - sebagai penghiasan
Cara- Cara
Buang lemak yang kelihatan pada daging kambing, potong menjadi kiub 4 x 4 cm. Cuci dengan air dan keringkan dengan tisu dapur.
Panaskan minyak masak dalam periuk sederhana atau periuk kaserol tahan panas, masukkan kambing dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Masukkan bawang putih, bawang dan halia di dalam periuk, goreng hingga wangi. Tambah pes garam masala dan kacau selama 2 - 3 minit.
Masukkan semula daging kambing tadi ke dalam periuk, tuang campuran yogurt dan tambah MAGGI® Kiub Pati Ayam. Reneh dengan api rendah selama 30 minit.
Tambah kentang, lobak merah dan kacang pis dan masak lagi selama 25 - 30 minit atau sehingga daging kambing lembut. Hiaskan dengan daun ketumbar dan kacang pis. Hidangkan serta merta dengan roti Perancis atau nasi basmati.