Ikan Bakar Petai Mudah | Dear Nestlé Skip to main content

Ikan Bakar Petai Mudah

Sponsored by
MAGGI®



Hidangan bakar yang memecah selera. Kalau makan, sikit pun tak tinggal sambalnya! Tips Keluarkan sedikit minyak daripada sambal sebelum dituang atas ikan.


Masa penyediaan

30 min

Masa memasak

30 min

Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

250 Kcal
Protein
39g
Karbo
10g
Lemak
6g
Wellness Recipes

Bahan-Bahan

  • ¼ cawan minyak masak

A (Untuk Dikisar)

  • 3 ulas saiz sederhana bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 40 gram (kering) cili kering, direndam hingga lembut & ditoskan
  • ¼ cawan air

B

  • 1 ekor (800 gram) ikan merah
  • 20 butir petai, yang telah dikopek dan dibersihkan
  • 2 batang serai, dihiris
  • 1 helai daun limau purut, dihiris
  • 5 sudu besar sambal (yang telah dimasak)
  • 1 ½ sudu besar MAGGI CukupRasa
  • 1 biji perahan jus limau nipis
Wellness Recipes

Cara- Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ketepikan.
  2. Guna kertas aluminium, jadikan bentuk sampan yang memuatkan ikan.
  3. Masukkan sambal, serai, MAGGI CukupRasa dan gaul mesra.
  4. Urut campuran ke serata ikan dan masukkan ikan ke dalam sampan aluminium tadi.
  5. Sumbat kencur ke dalam ikan dan tabor petai di atas ikan.
  6. Sebelum masak, perah jus limau nipis untuk rasa masam. Tutup kertas aluminium.
  7. Panaskan kuali, panggang ikan di atas kuali selama 20-25 minit atau panggang di dalam ketuhar.

How do you think about this recipe?