Recipes | Beras Pulut Dibalut Dengan Daun Teratai | DearNestlé Skip to main content

Beras Pulut Dibalut Dengan Daun Teratai

sponsor
Brought to you by
MAGGI®



Kegembiraan dan Kekayaan yang Terkumpul. 

Tips di Dapur: 
Sekiranya anda tidak dapat mencari daun teratai kering, anda boleh menggunakan kertas perkamen. Hidangan ini boleh dihidangkan dengan MAGGI® Chilli Sauce.


Masa Penyediaan

1 jam

Masa Memasak

40 min

Hidangan

8 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

223kcal
Protein
11g
Karbo
38g
Lemak
3g
Recipes

Ingredients

  • 2 cawan beras pulut, direndam dalam air selama 5-6 jam, dicuci dan ditoskan
  • 4 keping kekapis kering, direndam dan dicincang (disimpan air rendaman)
  • 4 sudu besar udang kering, direndam dan dipotong kasar
  • 10 keping cendawan Shiitake kering, direndam dan dipotong dadu
  • 200g isi ayam tanpa kulit, dipotong dadu
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang merah, dimayang
  • 3 ulas bawang putih, dimayang
  • 1 Kiub Pati Ayam MAGGI®
  • 2 helai daun teratai kering, direndam di dalam air mendidih selama 5-10 minit untuk melembutkannya

Untuk bahan perasa dan perencah (digaul rata di dalam mangkuk:

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar (atau secukup rasa)Sos Tiram MAGGI®
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil (atau secukup rasa)gula
ad space
Recipes

Directions

  1. Mula-mula, toskan air rendaman kekapis kering tadi dan asingkan.
  2. Tambahkan lagi air untuk menjadikan ia 2 cawan cecair. Kemudian, campurkan Kiub Pati Ayam MAGGI® ke dalamnya.
  3. Selepas itu, panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali anti-lekat dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga layu. Kemudian, masukkan cendawan Shiitake, udang kering, ayam dan kekapis. Kacau seketika dan tambahkan bahan perasa dan perencah.
  4. Gorengkan sehingga masak selama 4–5 minit. Kemudian, hidangkan di dalam mangkuk dan ketepikan.
  5. Dengan menggunakan kuali yang sama, di atas api sederhana, masukkan 1 sudu besar minyak masak.
  6. Apabila minyak telah panas, masukkan beras pulut dan kacau hingga sekata selama 2 minit. Kemudian, tuangkan ½ cawan Stok Ayam Pekat MAGGI® daripada langkah (2) dan teruskan mengacau sehingga kesemua stok ayam diserap sepenuhnya.
  7. Ulangi proses di atas sehingga kesemua stok ayam habis. Kemudian, tutupkan api.
  8. Masukkan ayam dan campuran cendawan daripada langkah (3) dan kacau hingga sebati.
  9. Kemudian, tegangkan daun teratai yang telah lembut dan letakkan setengah sudu beras pulut di tengah-tengahnya. Lipatkan ke atas seperti sampul dan kepitkan bukaan atas ke bawah.
  10. Jika perlu, ketatkan ikatan menggunakan tali. Ulangi langkah di atas menggunakan daun teratai yang lain sehingga habis.
  11. Setelah semuanya terikat rapi, letakkan di dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit di atas api yang kuat atau sehingga beras pulut lembut dan masak sepenuhnya.
  12. Buka ikatan daun teratai dan sedia untuk nikmati hidangan lazat bersama keluarga.

How do you think about this recipe?

Register now as a Dear Nestlé Member!

By joining, I agree to the processing of my Personal Data in accordance with the Privacy Notice.

CLICK HERE