Ayam Kurma | Dear Nestlé Skip to main content

Ayam Kurma

Brought to you by
Nestlé Natural Set Yogurt



Kurma Ayam yang tidak terlalu pekat atau pedas ini sesuai disajikan untuk makan tengah hari atau makan malam. Enak dihidangkan sama ada dengan nasi atau roti untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga.

Layari resepi ini dalam bahasa ENG


Masa Penyediaan

10 min

Masa Memasak

20 min

Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

174kcal
Protein
21g
Karbo
9g
Lemak
6g
Recipes

Bahan-bahan

  • 500g Isi ayam, dipotong kecil
  • 200g Kentang, dipotong kecil
  • 100ml Minyak jagung

A

  • 2 btg Kulit kayu manis
  • 3 kuntum Bunga lawang
  •  
  • 1 biji Bawang besar, dikisar
  • 3cm Halia, dikisar
  • 4 ulas Bawang putih, dikisar

B

  • 50g Rempah kurma
  • 30ml Air

C

  • 2 ketul Kiub Pati Ayam MAGGI®
  • 1l Air

D

  • 100ml Yogurt ‘Set’ Asli NESTLÉ®
  • 4 biji Cili merah, dibelah 2 dan dipotong 4
  • 100g Daun bawang, dihiris 5 cm
  • 2 biji Bawang besar, dipotong berbaji
  • 1 biji Tomato, dipotong berbaji
  • 100g Kacang hijau
Recipes

Cara-cara

  1. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan A sehingga terbit bau.
  2. Masukkan isi ayam dan gaul mesra.
  3. Masukkan bahan B, gaul mesra dan masak sehingga isi ayam mengecut.
  4. Masukkan bahan C dan D, gaul dan reneh seketika.
  5. Hidangkan ketika panas.
  6. Tip: Untuk makanan yang lebih seimbang, hidangkan dengan sayuran segar seperti tomato dan ulam.

How do you think about this recipe?

Register

Register now to receive our goodie bag!

Terms & Conditions apply*

CLICK HERE