Resipi | BEBOLA DAGING NESTUM® | DearNestlé BEBOLA DAGING NESTUM® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

BEBOLA DAGING NESTUM®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Panduan untuk membuat Bebola Daging NESTUM®


Masa Penyediaan

30 min

Masa Memasak

15 min

Hidangan

6 orang
Recipes

Bahan-bahan

  • 300 g daging cincang
  • 50 g NESTUM® All Family Cereal Original
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • ½ sudu teh garam
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 cm halia, cincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram MAGGI®
  • ½ ulas bawang kecil (40g), cincang halus
  • 40 g daun bawang, hiris halus
  • 40 g daun sup, cincang halus
  • 1 biji telur, pukul
  • Tambahan 50 g NESTUM® All Family Cereal Original (untuk menyalut)
  • 2 sudu besar minyak

OPilihan: 24 biji telur burung - rebus dan buang kulit. Untuk menghidang: ½ cawan sos cili MAGGI®.

ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan (kecuali NESTUM® untuk menyalut dan telur burung) di dalam mangkuk besar.
  2. Gaul sehingga sebati, kemudian ambil secubit adunan dan bulat-bulatkan sebesar limau nipis (anggaran 20g).
  3. Letak NESTUM® tambahan di dalam mangkuk cetek. Masukkan bebola daging dan golek-golekkan ia sehingga bersalut rata dengan NESTUM®.
  4. Susun bebola daging di atas dulang beralas kertas pembakar yang direnjis dengan sedikit minyak. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (200 °C) kira-kira 15 minit.
  5. Sekiranya anda mahu sedikit kelainan, masukkan telur burung di dalam setiap bebola daging. Untuk membuatnya, hanya tekan di bahagian tengah bebola daging, letak telur burung rebus dan tutup semula.
  6. Kemudian golek-golekkan ia di dalam NESTUM® sebelum dibakar dalam ketuhar. Hidang semasa panas berserta sos cili MAGGI®. Cukup untuk membuat 24 bebola daging.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI