Udang Bersalut Bijiran Keemasan | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Udang Bersalut Bijiran Keemasan

Di bawa oleh
MAGGI®



Fiesta tekstur rangup dan keenakan udang yang membawa keceriaan.

Tips di Dapur: Bijiran NESTUM ® kaya dengan gandum, jagung dan beras


Masa Penyediaan

40 min

Masa Memasak

20 min

Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

175kcal
Protein
12g
Karbo
16g
Lemak
7g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 cawan Bijirin NESTUM® (Perisa Asli)
  • 2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
  • 1 sudu kecil gula
  • 500g udang bersaiz sederhana, dibuang urat, dicuci dan dikeringkan.
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar mentega tanpa garam
  • 3-4 biji cili padi, dipotong
  • 7-8 tangkai daun kari, dicuci, dibuang tangkai
  • 1 sudu kecil(atau secukup MAGGI® CUKUPRASA™ rasa)
Recipes

Cara-cara

  1. Perapkan udang dengan 2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™ selama 1-2 jam.
  2. Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam kuali panas. Kemudian, goreng udang sehingga garing.
  3. Kemudian, angkat dan tos minyak menggunakan tuala kertas dan ketepikan seketika.
  4. Seterusnya, panaskan lebihan mentega di dalam kuali yang sama sehingga berbuih dan masukkan daun kari dan cili padi serta goreng di atas api sederhana sehingga naik bau.
  5. Kecilkan api dan masukkan campuran bijirin. Goreng sehingga bijirin bertukar warna keperangan dan daun kari garing.
  6. Masukkan udang dan goreng sekata sehingga bijirin bertukar perang keemasan.
  7. Akhir sekali, tambah MAGGI® CukupRasa™ jika perlu. Tutupkan api dan sedia dihidang.

Suka resipi ini?

Daftar

Daftar sekarang untuk menerima beg goodie Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI