Resipi | Ikan Bawal Kukus Ong | DearNestlé Ikan Bawal Kukus Ong | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Ikan Bawal Kukus Ong

sponsor
Dibawakan oleh
MAGGI®



Keenakan pelbagai rasa dalam satu hidangan yang sempurna.

Tips di Dapur:
Ikan putih rendah lemak. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kukus atau rebus untuk mengekalkan kelembapan dan rasa.


Masa Penyediaan

1 jam

Masa Memasak

15 min

Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

223kcal
Protein
11g
Karbo
38g
Lemak
3g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan bawal putih, 600-800 gram, dicuci dan dibilas
  • 3cm halia muda, dibuang kulit dan dihiris nipis
  • 1 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecil Sos Perasa MAGGI®
  • 1 sudu kecil Sos Tiram MAGGI®
  • 1 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
  • 3 sudu besar air
  • 3 tangkai daun ketumbar, untuk hiasan
  • 2 tangkai daun bawang, dicincang, untuk hiasan
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Mula-mula, siang ikan bawal dan cuci.
  2. Keringkan bawal dengan tisu dan belah secara serong pada atas ikan.
  3. Lumurkan MAGGI® CukupRasa™ dan letakkannya di atas pinggan yang tahan panas. Perap selama 1 jam.
  4. Susun halia yang telah dihiris atas ikan.
  5. Campurkan Sos Perasa MAGGI®, Sos Tiram MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™ dan air dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sos perasa atas ikan dan stim dengan suhu tinggi selama 15 minit atau hingga ikan masak sepenuhnya.
  7. Sementara ikan dikukus, goreng bawang putih hingga warna keemasan dalam kuali.
  8. Tuang dalam mangkuk kecil dan campurkan minyak bijan.
  9. Alihkan ikan daripada pengukus, tuangkan bawang putih goreng dan minyak bijan di atasnya. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan serta-merta.
  10. Lebih enak dinikmati ketika panas dengan nasi dan sayur goring.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI