Resipi | Penkek Nestlé NESTUM® | DearNestlé Penkek Nestlé NESTUM® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Penkek Nestlé NESTUM®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Panduan untuk membuat Penkek NESTUM®


Masa penyediaan

30 min

Masa memasak

10 min

Hidangan

10 Orang
Recipes

Bahan-bahan

  • 100 g tepung naik sendiri
  • 50 g NESTUM® All Family Cereal Original
  • ¼ sudu teh garam
  • 50 g gula kaster
  • 120 ml Susu UHT NESTUM® Penuh Krim
  • 2 biji telur, asingkan
  • 50 ml minyak

Toping Krim Yogurt:

  • 1 cawan (250g) NESTUM® Greek Yoghurt
  • ½ cawan (125g) krim putar (whipping cream)

Hiasan Buah-Buahan:

  • Hirisan atau kiub pisang, strawberi, mangga, dan lain-lain
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Ayak tepung naik sendiri di dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Masukkan NESTUM®, garam dan semua bahan penkek (kecuali 2 sudu besar gula).
  2. Buatkan lubang di bahagian tengah tepung dan tuang susu. Tambah telur kuning dan minyak. Kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur putih dengan pemukul telur atau pemukul elektrik sehingga kembang dan berbusa. Masukkan gula sebanyak 2 sudu besar (yang telah diketepikan tadi) dan terus memukul selama satu minit lagi.
  4. Kaup hanya separuh putih telur itu ke dalam bater untuk meringankan adunan, kemudian barulah masukkan lebihan putih telur dan gaul perlahan-lahan.
  5. Letak kuali leper tidak melekat di atas api sederhana. Gris dengan sedikit minyak. Cedok 1 sudu besar bater penkek dan letak di dalam kuali yang telah panas itu. Jarakkan 2 – 3 cm di antara setiap penkek. Apabila telah berubah warna keemasan, perlahan-lahan balikkan penkek. Biarkan sehingga masak sebelah lagi. Angkat. Terus membuat penkek dengan cara ini sehingga bater habis.
  6. Untuk menghidang, hias atas penkek dengan sesudu yogurt dan hirisan buah-buahan segar.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI