3 sudu besar pemanis buah sami ATAU 4 sudu besar erythritol (pilihan)
Item Berguna
6 ramekin atau gelas hidangan (diameter 6cm)
Pembalut plastik
Cara penyediaan
Letakkan serbuk koko tanpa gula, tepung jagung, air, serbuk NUTREN UNTUK DIABETIK®, mentega dan pemanis buah sami ke dalam mangkuk adunan THERMOMIX® dan masak 10 min/90°C/kelajuan 4.
Beruskan 6 ramekin atau gelas hidangan (diameter 6 cm) dengan air untuk melicinkan bahangian sisi. Pindahkan adunan puding ke dalam ramekin atau gelas hidangan. Biarkan sejuk selama 15 minit kemudian tutup dengan pembalut plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman supaya ia keras sepenuhnya.