10 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®, dicairkan dengan 300ml air
3 sudu kecil ekstrak vanila
½ sudu kecil pewarna makanan coklat
Lapisan Cendol:
500ml air
2 lembar daun pandan, dibilas & diikat
15g kepingan agar-agar
10 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®, dicairkan dengan 300ml air
½ sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cendol, dimasak
Cara Penyediaan
Untuk lapisan "Gula Melaka", campurkan air, susu rendah lemak dan kepingan agar-agar dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana. Gaul sehingga kepingan agar-agar larut sepenuhnya.
Tambahkan campuran NUTREN UNTUK DIABETIK®, reneh selama 2 minit di atas api kecil dan kacau dengan kerap.
Alihkan dari api dan gaulkan ekstrak vanilla serta pewarna makanan coklat kemudian tuang ke dalam acuan. Biarkan sejuk seketika sebelum dipindahkan ke dalam peti sejuk.
Semasa menunggu lapisan "Gula Melaka" mengeras, sediakan lapisan cendol. Campurkan air, daun pandan, kepingan agar-agar dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana. Gaul sehingga kepingan agar-agar larut sepenuhnya.
Tambahkan campuran NUTREN UNTUK DIABETIK®, reneh selama 2 minit di atas api kecil dan kacau dengan kerap. Alihkan dari api dan keluarkan daun pandan. Kemudian gaulkan ekstrak vanilla serta cendol.
Keluarkan lapisan 'Gula Melaka' dari peti sejuk dan sentuh permukaan lapisan untuk pastikan ia bergoyang sedikit. Tuangkan campuran lapisan cendol dengan perlahan-lahan.
Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan keras sepenuhnya. Potong kepada bentuk yang diingini dan hidangkan semasa sejuk.