Resipi | NUD® Tikka Masala Kubis Bunga | DearNestlé NUD® Tikka Masala Kubis Bunga | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Tikka Masala Kubis Bunga

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

10 min

Masa Memasak

30 min

Saiz Hidangan

8 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

90 kcal
Protein
2.8g
Karbo
8.5g
Lemak
5.2g
Recipes

Bahan-Bahan

  • 1 sudu besar minyak kanola
  • ½ sudu kecil biji sawi
  • 2 sudu kecil garam masala
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang kayu manis
  • ½ inci halia, diparut halus
  • 6 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji cili hijau kecil, dihiris (pilihan)
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • Pes tomato daun ketumbar (dikisar)
    • 5 biji tomato saiz sederhana, dibuang bijinya dan dipotong baji
    • ½ cawan ketumbar segar, dicincang kasar
  • 7 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®, dicairkan dengan 210ml air
  • ½ kepala bunga kubis, dipotong berbunga kecil
  • ½ sudu kecil garam, tambah lagi untuk secukup rasa
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali besar, panaskan minyak di atas api sederhana.
  2. Masukkan biji sawi dan tumis selama 30 saat. Sebaiknya biji sawi meletup-letup, masukkan garam masala, serbuk kunyit, kayu manis, parutan halia, cincangan bawang putih, hirisan cili dan cincangan bawang besar.
  3. Tumiskan ramuan sehingga bawang menjadi lutsinar dan wangi, kemudian kecilkan api.
  4. Gaulkan pes tomato daun ketumbar bersama tumisan dan reneh selama 5 minit.
  5. Tambahkan campuran NUTREN UNTUK DIABETIK® dan kubis bunga. Gaul hingga sebati.
  6. Tutup dan reneh selama 8 - 10 minit sehingga kubis menjadi lembut. Jika perlu, ubah-suaikan bahan perasa mengikut citarasa anda.
  7. Hidangkan semasa panas dan nikmatilah dengan beras basmasti, naan atau roti gandum

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI