Resipi | NUD® Bubur Lambuk | DearNestlé NUD® Bubur Lambuk | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Bubur Lambuk

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

15 min

Masa Memasak

45 min

Saiz Hidangan

8 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

146 kcal
Protein
11.5g
Karbo
22.3g
Lemak
1.6g
Recipes

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras basmati, direndam selama 10 minit, kemudian ditoskan
  • 1.75L air
  • Pes (dikisar):
    • ¼ cawan udang kering; direndam dalam air panas selama 10 minit, kemudian ditoskan
    • 2 biji bawang besar, dicincang
    • 6 ulas bawang putih
  • 2 keping dada ayam saiz besar, didadu
  • ½ inci halia, dihiris halus
  • 1 sudu kecil biji kelabat
  • 1 cawan kubis, dihiris
  • 1 cawan lobak, didadu
  • ½ cawan kentang, didadu
  • ½ cawan daun ketumbar, dicincang
  • 4 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®, dicairkan dengan 250ml air
  • 3 sudu kecil garam
  • ½ sudu besar lada putih
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Dalam periuk besar, masukkan beras dan air kemudian reneh selama 30 minit atau sehingga nasi dipekatkan kepada konsistensi yang diingini. Kacau sekali-sekala dan tambahkan lebih air jika perlu.
  2. Campurkan pes, kiub ayam, hirisan halia, biji kelabat dan masakkan selama 10 minit.
  3. Tambahkan hirisan kubis, lobak, kentang dan daun ketumbar.
  4. Gaul rata, tutup periuk dan reneh selama 5 minit.
  5. Masukkan campuran NUTREN UNTUK DIABETIK® dan perasakan dengan garam dan lada putih.
  6. Masakkan bubur selama 2 minit.
  7. Hidangkan dan nikmati ketika panas.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI