Resipi | NUD® Biryani Peria | DearNestlé NUD® Biryani Peria | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NUD® Biryani Peria

sponsor
Dibawakan oleh
NUTREN UNTUK DIABETIK®




Masa Penyediaan

30 min

Masa Memasak

50 min

Saiz Hidangan

10 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

143 kcal
Protein
3.5g
Karbo
21.5g
Lemak
4.2g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 biji peria, dibuang bijinya dan dihiris nipis
  • ½ sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cawan beras basmati
  • 2 sudu besar minyak kanola
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 daun salam kering
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar serbuk biryani
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 bawang besar, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, diparut
  • 2 inci halia, diparut
  • 5 penceduk NUTREN UNTUK DIABETIK®, dicairkan dengan 1L air
  • ½ cawan daun pudina, dicincang
  • ½ cawan daun ketumbar, dicincang
  • 3 sudu kecil garam, atau secukup rasa
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Masukkan cuka dan garam ke dalam mangkuk kecil dan gaul rata. Rendamkan peria dalam campuran selama 30 minit untuk mengurangkan kepahitan. Bilas, tos dan perah untuk mengeluarkan air yang berlebihan dari peria. Ketepikan.
  2. Cucikan beras basmati dengan air dan rendam sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bilas, tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan kayu manis, bunga cengkih, daun salam, buah pelaga, bunga lawang, serbuk biryani serta serbuk kunyit dan tumis hingga wangi.Tambahkan bawang, halia serta bawang putih dan tumiskan sehingga bawang menjadi lutsinar dan wangi. Akhirnya, masukkan hirisan peria dan tumiskan selama 2 minit di atas api sederhana hingga ia menyusut sedikit.
  4. Masukkan nasi, campuran NUTREN UNTUK DIABETIK®, daun pudina dan ketumbar ke dalam periuk nasi. Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi dan gaul hingga sebati. Tutup dan biar nasi masak hingga gebu.
  5. Hidangkan semasa panas dan nikmati dengan raita timun atau acar timun dan nenas.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI