Resipi | NESTUM Emas Makmur Yee Sang | DearNestlé NESTUM Emas Makmur Yee Sang | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NESTUM Emas Makmur Yee Sang

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM




Masa Penyediaan

30 min

Masa Memasak

20 min

Saiz Hidangan

6 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

196.5kcal
Protein
5.2g
Karb
23g
Lemak
9.1g
Recipes

Bahan-bahan

BAHAN-BAHAN A (Sayur/Buah-buahan)

  • 100g Lobak
  • 100g Lobak putih
  • 100g Timun
  • 100g Limau bali
  • 4 helai Daun selada
  • 2 biji Epal merah kecil
  • 4 tangkai Daun ketumbar
  • 30g Jeruk halia
  • 50g Kubis ungu
  • 50g Tomato kecil
  • 100g Salmon

Cadangan: Sayur dan buah-buahan boleh diracik helai untuk meningkatkan jumlah dan rupa hidangan!

BAHAN-BAHAN B (Kluster NESTUM®)

  • 30g NESTUM®
  • 2/3 sudu kecil Garam
  • 2 sudu kecil Biji Bijan
  • 20g Kacang dicincang halus
  • 20g Badam dicincang halus
  • 1.5 sudu besar Minyak sayuran
  • 2 sudu besar Madu

BAHAN-BAHAN C (Kuah Pear)

  • 250g Pear Salju
  • 100ml Air
  • 20g Bawang Merah
  • 2 sudu besar Cuka sider
  • 1 biji Limau nipis besar, kulit diparut
  • 2-3 titik Minyak bijan
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Campurkan dan kisar pear, bawang dan air sehingga halus, Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan campurkan bahan selainnya (C). Tambah kicap mengikut citarasa.
  2. Campur dan bakar semua bahan-bahan (B) untuk kluster NESTUM® 160°C untuk 15 - 20 minit.
  3. Letakkan timbunan bahan-bahan(A) - sayuran/buah-buahan dicincang halus di tengah-tengah pinggan hidangan bulat yang besar.
  4. Susun sashimi salmon di pinggan kecil, taburkan daun ketumbar yang dicincang dan perah sedikit jus limau nipis ke atas sashimi.
  5. Untuk hidangkan,tuang kuah pear ke atas bahan-bahan yang disusun, kemudian letakkan sashimi salmon dan kluster NESTUM®.
  6. Lambungkan Yee Sang menggunakan kayu penyepit, setinggi mungkin sambil mengucapkan kata-kata kemakmuran untuk semua orang buat tahun baru.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI