Resipi | Biskut Onde Onde NESTUM | DearNestlé Biskut Onde Onde NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Onde Onde NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Pikat selera keluarga anda dengan Biskut Onde Onde NESTUM® dan jangan terkejut jika mereka gemarkan biskut rangup bersalut kelapa ini!


Masa penyediaan

30 min

Masa pembakaran

15 min

Hidangan

30 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

60.2kcal
Protein
1.0g
Karb
7.3g
Lemak
3.0g
Recipes

Bahan-bahan

  • 150g Tepung rendah protein, diayak
  • 80g Mentega, dilembutkan
  • 80g Gula aising
  • 1 biji Telur
  • 25ml Jus pandan
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 30g Kelapa parut kering
  • 15g Gula melaka, diparut
  • 20g NESTUM
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Kisarkan NESTUM dan bakar atas api perlahan selama 5 minit sehingga beraroma dan berwarna perang. Sejukkan.
  2. Adunkan mentega dan gula aising sehingga sebati.
  3. Masukkan telur, garam dan jus pandan. Gaulkan.
  4. Ayak tepung dan tambah NESTUM yang dibakar ke dalam adunan untuk jadikan doh.
  5. Isi adunan ke dalam beg paip dengan muncung yang digemari dan paipkan ke bentuk kegemaran anda.
  6. Taburkan gula melaka, kelapa parut kering dan NESTUM di atas biskut.
  7. Bakar selama 12-13 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160℃.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI