Resipi | Muffin Streusel Kurma Madu NESTUM | DearNestlé Muffin Streusel Kurma Madu NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Muffin Streusel Kurma Madu NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Muffin yang lembap dan sedap yang sesuai untuk bila-bila masa.


Masa penyediaan

30 min

Masa memasak

25 min

Hidangan

20 muffin bersaiz sederhana

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

222.1kcal
Protein
3.5g
Karb
27.8g
Lemak
10.7g
Recipes

Bahan-bahan

Topping Streusel:
Bahan A

  • 100g Mentega tanpa garam
  • 50g Gula perang
  • 1/8 sudu teh Garam
  • 80g Tepung
  • 20g Gulungan oats
  • 40g Kurma madu, dicincang halus
  • 50g NESTUM

Adunan Muffin
Bahan B

  • 140g Mentega tanpa garam, dicairkan dan disejukkkan ke suhu bilik
  • 180ml Susu rendah lemak
  • 2 biji Telur saiz A
  • 65g Gula perang
  • 80g Gula kastor
  • 1 biji Lemon segar, parutan kulit sahaja

Bahan C

  • 160g Tepung
  • 2.5 sudu teh Serbuk penaik
  • ¼ sudu teh Garam

Bahan D

  • 60g Kurma madu, dicincang kasar
  • 70g NESTUM
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Gaulkan bahan A untuk topping streusel. Sejukkan.
  2. Untuk adunan muffin, campurkan bahan B dan gaul rata.
  3. Ayak bahan C, kemudian campur dengan adunan bahan B dan gaul sebati. Masukkan bahan D dan gaul sehingga rata.
  4. Bahagi adunan untuk diisi ke dalam cawan kertas bersaiz sederhana sehingga ¾ penuh.
  5. Taburkan topping streusel ke atas muffin.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI