Resipi | NESTUM Tartlet Coklat | DearNestlé NESTUM Tartlet Coklat | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

NESTUM Tartlet Coklat

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM




Masa Penyediaan

1h 20 min

Masa Memasak

25 min

Saiz Hidangan

12 biji

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

258kcal
Protein
3.8g
Karbo
23.7g
Lemak
16.6g
Recipes

Bahan-bahan

Bahan untuk Pastri Tartlet

  • 1/4 cawan Tepung serbaguna
  • 3/4 cawan NESTUM® ORIGINAL
  • 1/4 sudu teh Garam
  • 2 sudu besar pasir
  • 1/4 cawan (57g, 1/2 stick) Mentega tanpa garam sejuk, dipotong kiub
  • 1 biji Telur kuning besar
  • 1 sudu besar Krim berat

Bahan untuk Inti Coklat

  • 1 cawan NESTUM® ORIGINAL
  • 1/3 cawan Madu Asli
  • 1½ cawan Susu lemak rendah
  • 1½ cawan Krim
  • 1/4 cawan Serbuk koko
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

Cara membuat pastri tartlet

  1. Gunakan pengadun elektrik, pukulkan tepung, NESTUM®, garam dan gula dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan mentega kiub dan telur kuning serta krim. Gaul rata sehingga ia menyerupai serbuk roti yang besar dengan beberapa kepingan saiz kacang kecil.
  3. Masukkan adunan ke dalam mangkuk adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga adunan cukup pejal apabila anda menekan dengan jari anda – ia mungkin sedikit rapuh tetapi akan melekat apabila tekan lembut dengan tangan anda.
  4. Balutkan doh dalam bungkus plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Gulung dan bentukkan pastri tartlet

  1. Gris ringan dulang pembakar Tartlet 12 lubang.
  2. Keluarkan doh dari peti sejuk dan bulatkan doh kepada bebola 1 inci.
  3. Letakkan setiap bebola yang digulung dalam lubang yang telah digris pada dulang pembakar tartlet dan tekan doh di tengah untuk bentukkan pastri sebagai alas di sekeliling lubang. Letakkan dulang dalam peti sejuk selama 30 minit.

Sementara itu, panaskan ketuhar kepada 375°F (190 °C)

Cara Membakar Tartlet dengan Sepenuhnya

  1. Bakar tart selama 17 minit atau sehingga perang keemasan, pusingkan dulang dari hadapan ke belakang separuh jalan dalam proses pembakaran.
  2. Keluarkan dari ketuhar dan letakkan dulang di atas rak dawai untuk sejukkan sepenuhnya.

Putting it together for the Chocolate filling

  1. Gunakan pengisar dan kisarkan semua bahan untuk inti coklat selama satu minit.
  2. Pindahkan adunan ke dalam periuk kecil kemudian panaskan selama 5 minit (api sederhana) dan terus memukul, sehingga adunan memekat (konsisten seperti puding).
  3. Sejukkan selama satu jam.
  4. Cedokkan inti ke dalam setiap pastri tartlet di dalam dulang pembakar. Biarkan set pada suhu bilik.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI