Resipi | Biskut Coklat NESTUM | DearNestlé Biskut Coklat NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Coklat NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM




Masa Penyediaan

20 min

Masa Memasak

15 min

Saiz Hidangan

20 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

105 kcal
Protein
1.0g
Karbo
10.7g
Lemak
6.4g
Recipes

Bahan-Bahan

  • 100g NESTUM bakar
  • 100g mentega
  • 60g gula kastor
  • 1/2 sudu teh pes vanila
  • 2 kuning telur
  • 25g tepung
  • 25g tepung jagung
  • 1/4 sudu besar soda penaik
  • 1/8 sudu teh soda penaik
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan Hiasan

  • 1 kuning telur + 1 sudu besar susu (untuk sapuan)
  • 30g NESTUM untuk coating
  • 1/4 cawan cip coklat hitam
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Gunakan mixer, pukul mentega, gula kastor dan vanila sehingga sebati dan empuk.
  2. Masukkan kuning telur, gaul sebati.
  3. Tapis tepung, tepung jagung, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam adunan mentega. Masukkan bijirin NESTUM dan gaul sebati.
  4. Gunakan sudu besar dan skup doh biskut.
  5. Celupkan satu bahagian biskut ke dalam egg wash dan salut bahagian yang dicelup dengan lebihan bijirin NESTUM.
  6. Susun biskut di atas dulang. Gunakan jari untuk ratakan biskut dan letakkan cip coklat ke atas setiap biskut sebagai hiasan.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga warna menjadi coklat keemasan pada suhu 170°C.
  8. Untuk taburan, cairkan cip coklat. Masukkan dalam beg picit dan taburkan ke atas biskut.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI