Mi Goreng Seafood | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Mi Goreng Seafood

Di bawa oleh
MAGGI®



Kemanisan makanan laut dalam mi kering menyelerakan.

Tips di Dapur:Masuk taugeh diakhir masakan untuk kekal rangup


Masa Penyediaan

45 min

Masa Memasak

30 min

Hidangan

10 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

223kcal
Protein
11g
Karbo
38g
Lemak
3g
Recipes

Bahan-bahan

  • 350 g Mi kering dicelur
  • 100 g isi udang, dicuci
  • 200 g sotong, dipotong bulat
  • 100 g filet ikan, dihiris

Perapan:

  • 1 sudu besar Sos Tiram MAGGI
  • 1 sudu kecil Stock Ayam Pekat MAGGI
  • ½ sudu kecil lada putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 tangkai cendawan hitam direndam dan dihiris
  • 1 batang lobak merah dihiris
  • 500 g taugeh direndam air sejuk

Seasoning:

  • 3 sudu besar SOS TIRAM IMPERIAL MAGGI®
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu kecil Stok Ayam Pekat MAGGI
  • 1½ sudu besar gula
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 400 g air

Hiasan:

  • Daun bawang & cili merah dicincang, cili merah, bawang goreng
Recipes

Cara-cara

  1. Cuci makanan laut. Gaul dengan bahan perapan dan perap 30 minit atau 2 jam.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, cendawan dan lobak merah hingga naik bau. Masukkan makanan laut dan biar hingga masak.
  3. Masukkan mi, taugeh, perasa dan kacau hingga kering dan beraroma.
  4. Tabur daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum hiding

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI