Resipi | Chocolate Puff Nestlé KITKAT® | DearNestlé Chocolate Puff Nestlé KITKAT® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Chocolate Puff Nestlé KITKAT®

sponsor
Dibawakan oleh
KITKAT



Untuk Resepi Raya selanjutnya, sila lihat saluran KITKAT Malaysia di : https://www.youtube.com/playlist?list=PLWfFP8Fy-zNdh9Q6537GCLa1WyhVDqhy5


Waktu
penyediaan

45 min

Masa
memasak

15 min

Anggaran
hidangan

15 puff

Tahap
kesukaran resipi

3

Maklumat Pemakanan (1 Keping)

270kcal
Protein
3.4g
Karb
21.8g
Lemak
16.5g
Recipes

Bahan-bahan

RAMUAN KULIT PASTRI

  • 250g Tepung gandum
  • ½ sudu kecil Garam
  • 90g Marjerin
  • ½ cawan Air sejuk
  • 1 sudu besar Serbuk koko

RAMUAN INTI

  • 100g Kurma (tanpa biji dan dicincang)
  • 10 batang KITKAT® (dicincang halus)
  • 40g Butang coklat
  • 80g Krim keju
ad space
Recipes

Cara penyediaan

Langkah-langkah Penyediaan Inti

  1. Masukkan KITKAT®, butang coklat, krim keju dan kurma ke dalam periuk bersaiz sederhana.
  2. Masakkan dengan cara double boil dan campurkan sehingga menjadi pes.

Langkah-langkah penyediaan KitKat® Puff

  1. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, garam dan marjerin. Gaulkan menggunakan spatula. Masukkan air ke dalam adunan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
  2. Ulikan adunan sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekit. Terus menguli sehingga doh sebati.
  3. Ambil 1/3 doh dan uli dengan serbuk koko. Ambil 2/3 baki doh dan gulungkannya menjadi bentuk bola.
  4. Asingkan 2 doh (Koko dan asli) dan menutupnya dengan tuala. Biarkan selama 15 minit.
  5. Gulungkan 2 doh (Koko dan asli) menjadi bentuk yang panjang dan ratakan.
  6. Gulungkan satu hujung doh ke arah tengah dan bentukkan ‘bentuk spiral’.
  7. Leperkan doh dengan kayu penggiling sehingga ketebalan 0.3cm.
  8. Potong doh menggunakan pemotong biskut berdiameter 6 atau 7cm.
  9. Letakkan doh yang dipotong pada tapak tangan dan tambahkan 1 sudu inti di bahagian tengah doh.
  10. Lipatkan doh sehingga separa bulatan, pastikan inti ditutup semua dan tekan sikit-sikit untuk merapikan bahagian tepi. Ulangi untuk doh yang lain.
  11. Gorengkan kepingan yang disediakan dengan minyak pada suhu sederhana selama 10 minit atau sehingga berubah menjadi warna keemasan.
  12. Biarkan sehingga sejuk dan siap untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI